feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count TwitterCounter for @nimzoindy

Dewan Rakyat 25 June 2008

Labels:

Sesi perbincangan di Dewan Rakyat hari ni, berlangsung dengan suasana yang harmoni. Tiada provokasi oleh mana-mana pihak. Hari ini, sessi perbincangan diteruskan dengan isu Veterinar. Jabatan menyatakan bahawa sekarang mempunyai ladang ternakan rusa & burung unta. Ladang ternakan rusa terdapat di Sg. Siput iaitu sebanyak 1120 ekor, Lenggong sebanyak 1200 ekor dan Batu 20 sebanyak 240 ekor.

Pas Rantau Panjang mengajukan soalan mengenai daftar pemilih untuk mewajibkan setiap rakyat Malaysia mendaftar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Nazri Aziz memjawab, rang undang-undang masih lagi belum dibuat untuk mewajibkan setiap rakyat Malaysia mendaftar, 'ini kerana mungkin akan menyusahkan lagi orang ramai' ujar beliau.



0 comments:

Post a Comment